Polis bergelar Datuk direman - Utusan Malaysia

Polis bergelar Datuk direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor (gambar kecil) direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Se­nior Asisten Komisioner (SAC) berkenaan untuk membantu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, Sharul Othman yang kini bertugas di bahagian Pentadbiran Dasar dan Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman direman bagi membantu siasatan kes seorang pegawai kanan polis menerima rasuah antara Ogos 2017 sehingga Ogos lalu.

Difahamkan pegawai polis kanan terbabit disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang anggota polis berpangkat Koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman serta kesalahan trafik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN