KUCHING – Polis masih belum menerima laporan bedah siasat kedua berhubung kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd, Nazrin Hassan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, setakat ini, pihak terbabit masih lagi menjalankan kajian terhadap kematian itu.
“Kami masih lagi belum menerima laporan bedah siasat berkenaan.
“Setakat ini, belum ada perkembangan lanjut mengenai kes ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Pemeriksaan Balai PTKN A117 Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini tadi.
Menurutnya, beliau juga belum dapat memastikan sama ada akan ada lagi beberapa orang dipanggil bagi membantu siasatan.
“Buat masa ini, tiada sesiapa akan dipanggil kerana perlu menunggu laporan itu siap,” ujarnya. – K! ONLINE










