KUALA LUMPUR 2 Okt. – Dua lelaki cedera selepas kereta buggy yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di kelab golf TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara di sini hari ini. Difaham, seorang daripada mangsa merupakan pemain golf bergelar datuk manakala seorang lagi adalah kedi yang mengiringinya. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr. Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, setibanya di sana, didapati sebatang pokok telah menghempap sebuah buggy…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya