Pogba, Martial bantu United tewaskan Everton - Utusan Malaysia

Pogba, Martial bantu United tewaskan Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 29 Okt. – Paul Pogba dan Anthony Martial masing-masing menjaringkan gol setiap babak untuk membantu Manchester United menewaskan Everton 2-1 sekali gus memberi kelegaan kepada jurulatihnya, Jose Mourinho yang kini berada di bawah tekanan.

Cakap-cakap mengenai pertukaran pengurus United mungkin hilang seketika di Old Trafford namun kemenangan tetap menjadi keutamaan untuk Red Devils selepas mereka tewas kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum dikecewakan oleh Chelsea apabila seri 2-2.

Pogba meledak gol pembukaan pada minit ke-27 selepas pantas menyambar bola muntah penalti yang diambilnya yang sebelum itu diselamatkan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford. Penalti diberi selepas Idrissa Gana Gueye menjatuhkan Martial.

Pemain Perancis, Pogba turut mencipta gerakan gol untuk membolehkan Martial menggandakan jaringan pada minit ke-49.

Gol saguhati Everton diperoleh setelah Gylfi Sigurdsson melengkapkan penalti selepas Richarlison dikasari Chris Smalling pada minit ke-77. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN