Pochettino ingatkan penyokong jaga tingkah laku - Utusan Malaysia

Pochettino ingatkan penyokong jaga tingkah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Okt. – Pengurus Mauricio Pochettino memberi amaran kepada peminat Tottenham Hotspur agar menjaga tingkah laku masing-masing menjelang kunjungan mereka ke PSV Eindhoven pada perlawanan Liga Juara-Juara, esok (awal pagi waktu Malaysia).

Teguran tersebut dibuat bagi mengelak insiden kurang disenangi berlaku sewaktu kedua-dua pasukan bertemu nanti.

Kali terakhir Spurs bertemu PSV ialah dalam Piala UEFA pada 2008, yang mana pertemuan tersebut telah dicemari pergaduhan antara penyokong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nasihat saya, mereka perlu menjaga tingkah laku dan fikir dulu apa yang anda mahu lakukan. Perkara ini tentang memberikan sokongan kepada pasukan anda, tetapi semua itu perlulah ada had dan cuba mengawal tingkah laku sebagaimana yang kita harapkan,” kata jurulatih berasal dari Argentina itu pada sidang akhbar menjelang perlawanan tersebut, hari ini.

Kedua-dua pasukan memburu mata pertama mereka dalam saingan Kumpulan B, dan jika kalah harapan untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik bakal berkubur.

Barcelona dan Inter Milan, yang mengumpul enam mata daripada dua perlawanan akan turut beraksi dalam satu lagi pertemuan, esok. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini