MINGGU LALU, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengadakan acara sambutan ulang tahun ke-40 di Sabah. Satu pasukan seramai 42 orang diketuai Ketua Pegawai Kewangan PNB, Datuk Mohd. Nizam Zainordin mendaki Gunung Kinabalu. Pasukan ini berjaya menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara pada Isnin lalu, dengan Mohd. Nizam berazam untuk mengadakan aktiviti pendakian serupa ke gunung lain selepas ini. Program mendaki Kinabalu ini adalah simbolik kepada susah senang perjalanan empat dekad PNB…









