KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pakar industri di negara ini digesa membantu dan menyokong pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pembangunan modal insan bagi menuju negara maju. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam pembangunan modal insan, Malaysia amat memerlukan acuan tersendiri. “Malaysia yang maju dan dinamik perlu semua potensi kemahiran daripada rakyatnya. Saya amat berharap penglibatan industri dapat bergiat aktif termasuk dalam pertandingan-pertandingan kemahiran bagi…










