PM bakal bawa kemajuan PD, hujah retorik - calon Pas - Utusan Malaysia

PM bakal bawa kemajuan PD, hujah retorik – calon Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 8 Okt. – Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menganggap hujah bakal perdana menteri kelapan akan membawa pembangunan ke kawasan ini, sebagai satu retorik.

Mohd Nazari Mokhtar semasa diwawancara secara langsung oleh Utusan Online berkata, telah terbukti kawasan yang pernah diwakili perdana menteri di negara ini tidak jauh berbeza dengan kawasan lain.

Beliau memberi contoh kawasan Pekan di Pahang dan Kubang Pasu di Kedah tidak mendapat perhatian khusus dari segi pembangunan, yang secara signifikan dapat dilihat berbeza daripada kawasan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu beliau mengingatkan para pengundi di sini tidak termakan janji yang belum pasti diuar-uarkan oleh calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu memilih beliau yang sanggup berpindah ke sini, demi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.

Perdana menteri, katanya, akan terlalu sibuk untuk mengendalikan urusan negara berbanding kawasan yang diwakilinya. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini