PKR Perlis kecewa dengan JPP - Utusan Malaysia

PKR Perlis kecewa dengan JPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 22 Okt. – PKR Perlis kecewa dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang gagal memainkan peranan berkesan dalam menguruskan pemilihan parti khususnya di negeri ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd. Faisol Abd. Rahman berkata, sistem gerak kerja JPP yang tidak proaktif secara tidak langsung mewujudkan kekecohan antara penyokong selain masalah teknikal lain.

“Mengambil contoh semalam, sepatutnya pemilihan parti di seluruh negeri ini bermula pada pukul 9 pagi tetapi ditangguhkan sehingga pukul 10.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas itu, di Cabang Padang Besar, saya difahamkan pengendali pusat mengundi tidak boleh mencetak keputusan pemilihan untuk ditampalkan di papan kenyataan dengan alasan tidak membawa mesin pencetak.

“Berikutan itu, JPP tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar undi ragu selain keputusan pemilihan Cabang Padang Besar semalam terpaksa ditulis tangan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati antara calon bertanding,” katanya di sini hari ini.

Keputusan pemilihan PKR di negeri ini semalam, menyaksikan Rafizi Ramli mengatasi pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kelebihan 66 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

Tambah Mohd. Faisol, tindakan JPP itu sedikit sebanyak mengganggu emosi calon dan penyokong, malah sebelum ini kesalahan sama juga telah dilakukan badan itu ketika mengendalikan proses pengundian.

Katanya, JPP seolah-olah tidak mengambil iktibar masalah yang dihadapi sebelum ini, sehingga tarikh pemilihan terpaksa ditunda di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini