PKR Pandan: Rafizi menang Ketua Cabang, tewas jawatan Timbalan Presiden - Utusan Malaysia

PKR Pandan: Rafizi menang Ketua Cabang, tewas jawatan Timbalan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menang dalam Pemilihan PKR Cabang Pandan, Selangor untuk jawatan Ketua Cabang namun agak mengejutkan apabila beliau tewas bagi saingan jawatan Timbalan Presiden PKR di Cabang tersebut.

Dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti, beliau mendapat 508 undi berbanding Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menerima 715 undi.

Sementara itu untuk jawatan Ketua Cabang, Rafizi mendapat 566 undi mengatasi pesaing utamanya daripada kem Mohamed Azmin iaitu Haniza Talha yang memperolehi 405 undi.

Ketika bercakap kepada media, Rafizi berkata, kekalahannya bagi saingan Timbalan Presiden itu tidak begitu mengejut kerana mendakwa hampir 1,000 pengundi dari kawasan lain dipindahkan ke Cabang Pandan.

Namun katanya, pemindahan pengundi itu memang dibenarkan oleh partinya.

Pemilihan PKR Cabang Pandan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Cempaka di sini dari pukul 10.40 pagi hingga 5.40 petang tadi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN