Ketika gelombang maut tsunami mara ke pesisiran pantai Palu dengan kelajuan 800 kilometer sejam, sebahagian penduduk yang bersiap-siap untuk menunaikan sembahyang Maghrib di beberapa buah masjid seperti Masjid Arqam Bab Al-Rahman terpaksa lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Pada masa yang sama di pantai Palu, beratus-ratus orang peserta Festival Pantai Palu seperti pemuzik, penyanyi, penari, pelakon dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang bersiap sedia sempena ulang tahun kota tersebut langsung tidak menyedari…










