Pilihan raya kampus: Gamis kecewa dengan Menteri Pendidikan - Utusan Malaysia

Pilihan raya kampus: Gamis kecewa dengan Menteri Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) meluahkan kekecewaan terhadap sikap Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang didakwa tidak mengendahkan dokumen aduan yang disampaikan mereka berkaitan proses pilihan raya kampus yang berlangsung di universiti-universiti awam.

MUHAMMAD FAIZZUDDIN
MUHAMMAD FAIZZUDDIN

Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd. Zai berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan serius yang diambil oleh Maszlee berkenaan isu tersebut.

Menurut beliau, hal itu menyebabkan proses demokrasi kampus di beberapa buah universiti awam telah tergadai.

“Gamis dalam satu pertemuan tertutup bersama Menteri Pendidikan pada 1 Oktober lalu telah menyerahkan satu dokumen aduan kepada Pegawai Khas Menteri Pendidikan dan telah menyuarakan pendapat kami tentang kesalahan-kesalahan dalam proses pilihan raya kampus pada tahun-tahun sebelum ini.

“Namun, menjadi kekecewaan bagi kami penggerak mahasiswa apabila tidak ada tindakan yang serius untuk mengatasi isu ini.

“Pilihan raya kampus di universiti menggunakan undang-undang kuno dan tidak demokratik. Ini adalah kesan dan akibat apabila Menteri Pendidikan tidak prihatin kepada perkembangan isu semasa di kampus dan angkuh tidak mengambil tindakan segera kepada keluhan kami tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN