KUALA TERENGGANU 24 Okt. -Sama ada Terengganu FC (TFC) menang atau kalah dalam pertandingan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, kerajaan negeri hari ini mengumumkan Ahad (28 Oktober) sebagai cuti peristiwa setelah skuad negeri menempa satu lagi detik bersejarah dalam arena bola sepak. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, keputusan itu dibuat lebih awal untuk memberi kelegaan kepada kesemua para penyokong yang akan terus memberi sokongan padu kepada pasukan negeri…










