Petronas umum harga baharu GPHD - Utusan Malaysia

Petronas umum harga baharu GPHD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.
Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini untuk Semenanjung Malaysia.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.

Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN