Pesawat Lion Air bawa 188 orang penumpang, serpihan ditemukan - Utusan Malaysia

Pesawat Lion Air bawa 188 orang penumpang, serpihan ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Okt. – Sebuah pesawat penerbangan Lion Air yang terhempas di laut di perairan Pulau Jawa, hari ini dipercayai membawa sekurang-kurangnya 188 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap agensi pasukan mencari dan menyelamat Indonesia, pesawat JT610 terputus hubungan 13 minit selepas berlepas dan sebuah kapal tunda yang meninggalkan sebuah pelabuhan di ibu negara ini melihat jet penumpang itu terhempas.

Serpihan dipercayai daripada pesawat Boeing 737 MAX 8 termasuk kerusi kapal terbang ditemukan di luar kemudahan penapis minyak milik kerajaan, Pertamina.

“Kami masih tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang terselamat, kami berharap dan berdoa namun kami tidak boleh mengesahkannya,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhmmad Syagi.

Jet penumpang JT610 berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan dijangka mendarat di Bangka-Belitung, Sumatera kira-kira pukul 7.20 pagi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN