Pesawat baru dibeli 3 bulan lalu - Utusan Malaysia

Pesawat baru dibeli 3 bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Punca kejadian pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Kerawang, Indonesia terus menjadi tanda tanya apabila syarikat penerbangan itu mengumumkan kapal terbang tersebut baru tiga bulan beroperasi.

Menurut jurucakap Komunikasi Stategik Korporat Lion Air, Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu direkodkan dalam keadaan baik sebelum berlepas.

Katanya, pesawat itu yang telah beroperasi sejak 15 Ogos 2018 adalah berkelajuan tinggi dengan juruterbang dan juruterbang bersama mempunyai 11,000 jam penerbangan.

“Juruterbang sudah memiliki jam penerbangan lebih dari pada 6,000 jam terbang dan pembantu juruterbang mempunyai lebih 5,000 jam penerbangan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN