KUALA LUMPUR – Perubahan harga barangan tidak dipengaruhi oleh faktor Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semata-mata, tetapi juga disebabkan oleh faktor lain, seperti masalah permintaan dan penawaran, kadar tukaran wang asing, harga pasaran minyak dunia dan margin keuntungan peniaga, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Katanya, kesemua faktor itu sedang dipantau dengan rapi oleh kerajaan, khususnya aktiviti antipencatutan supaya dapat mengambil tindakan ke atas peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan…









