WASHINGTON 26 Okt. – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal menempatkan sehingga 1,000 anggota tentera di kawasan sempadan negara ini dengan Mexico sebagai langkah mengekang kemasukan pendatang. Trump menerusi Twitternya menulis bahawa kemasukan pendatang dari Mexico ke negara ini perlu dihentikan. “Pasukan tentera dikerahkan untuk menangani ‘situasi darurat’ ini. Mereka (pendatang) akan dihentikan,” tulisnya. Menurut pegawai pentadbiran Trump, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) sudah meminta Pentagon menghantar kira-kira 800 hingga 1,000 anggota tentera ke kawasan terlibat. Pasukan tentera AS dilarang melakukan penguatkuasaan awam di negara ini melainkan menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya