SELEPAS hampir enam dekad, rakyat Kedah berpeluang menyaksikan detik yang mencatat sejarah apabila Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 bakal dilangsungkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 22 Oktober ini. Istiadat pertabalan itu diadakan selepas 59 tahun, setelah istiadat sebelum ini diadakan pada 20 Februari 1959 sempena pertabalan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah Ke-28. Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada…










