KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan saman pemula yang dikemukakan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan suruhanjaya itu yang tidak membenarkannya berjumpa dan berunding dengan peguam semasa direman.
Hakim Datuk Nordin Hassan dalam keputusannya memutuskan, Seksyen 28A(8)(9) Kanun Acara Jenayah membabitkan hak individu yang ditahan adalah undang-undang sah.
Kata beliau, kedua-dua peruntukan itu tidak bercanggah dengan Artikel 5(3) dan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan.
Hasanah, 61, ditangkap oleh SPRM pada pukul 5 petang 28 Ogos lalu dan keesokannya, dia dikenakan perintah reman selama enam hari berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










