Perlu sesuaikan dengan sosialisme, liberalisme - Utusan Malaysia

Perlu sesuaikan dengan sosialisme, liberalisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam Pakatan Harapan (PH) ketika wujud kritikan terhadap kepemimpinannya yang didakwa cenderung untuk akur dengan kelompok tersebut.

Perdana Menteri berkata, disebabkan keperluan penyesuaian tersebut, dalam keadaan tertentu, kerajaan pimpinannya berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam PH yang mempunyai ideologi perjuangan berbeza.

“Saya sedar idea saya terpaksa disesuaikan dengan fikiran mereka (parti dalam PH), ada mirip pemikiran sosialisme, ada liberalisme.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam pada itu, menjawab satu soalan berhubung dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti-Islam serta pendukung liberal, Dr. Mahathir berkata, ia adalah tuduhan yang dibuat oleh musuh kerajaan.

“Sudah tentu musuh me­nuding kita macam-macam, dikuasai DAP? DAP tidak berkuasa, tiada siapa pun yang berkuasa dalam PH. Kalau kita (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tiada, maka DAP akan jatuh.

“DAP mana ada kuasa. Kalau ada perkara kita tidak setuju dengan DAP, kita akan cakap tidak setuju. Mana ada DAP berkuasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini