Perlis mempunyai kelebihan lokasi geografi- Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Perlis mempunyai kelebihan lokasi geografi- Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 26 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar kelebihan lokasi geografi di negeri ini dapat dieksploitasikan secara maksima oleh para pelabur.

Titah baginda, faktor lokasi seperti Padang Besar, Kuala Perlis dan Sanglang memberi kelebihan dan faedah besar kepada Perlis terutamanya dalam projek-projek pembangunan.

“Projek pembangunan itu seperti industri perkhidmatan pengangkutan, logistik, pelancongan serta pelabuhan, titah baginda.
 
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi meraikan kehadiran Duta Besar Kuwait ke Malaysia, Saad Abdullah Saleh Alasousi di Kuala Perlis di sini semalam.

Saad Abdullah berkhidmat di Kuala Lumpur sejak 2013 dan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Perlis.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Sementara itu, baginda bertitah, sebagai sebuah negeri kecil, usaha mempelbagaikan sumber pendapatan
melalui pengembelingan kreativiti akan ditingkatkan termasuk mencari sumber baharu dan tidak hanya bergantung kepada hasil tanah semata-mata.

“Kelebihan sumber asli seperti mineral dan aktiviti hiliran juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” titah baginda.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN