Memang tidak dinafikan perkembangan teknologi masa kini memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan sesebuah industri. Teknologi boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai inovasi dan memudahkan pekerjaan harian manusia selain membantu menyelesaikan masalah berkaitan. Hal yang sama dalam bidang pertanian bahawa teknologi membantu dalam proses transformasi untuk meningkatkan pengeluaran, sekali gus menjamin sekuriti sumber makanan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kreativiti dan inovasi sangat penting dalam…










