Perintis SMS Kelantan raikan persahabatan - Utusan Malaysia

Perintis SMS Kelantan raikan persahabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 28 Okt. – 45 tahun lalu mereka mula melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah sekali gus meniti alam remaja penuh cabaran di sebuah sekolah berasrama penuh pertama di negeri ini.

Tempoh bersama itu terus mengikat jalinan hubungan persahabatan dan persaudaraan hingga kini bagi bekas pelajar kumpulan perintis Sekolah Menengah Sains (SMS) Kelantan, dan mereka bertemu semula semalam.

Di Resort Villa Danialla di pinggir pantai Kandis di sini, seramai 103 daripada mereka yang datang dari seluruh negara berkesempatan untuk hadir dan sebilangannya membawa keluarga untuk kembali meraikan perhubungan.

Peluang untuk kembali bertemu rakan-rakan di sini dalam program selama dua hari ’45 Tahun Perintis – The Greater Agenda’ yang membawa mereka larut dalam nostalgia, merapatkan lagi hubungan ketika masa telah merubah kehidupan serta citra masing-masing.

Pengerusi pengelola, Abdul Aziz Alias memberitahu, usaha untuk menjejak kesemua lebih 200 rakan dilakukan hampir dua bulan lalu.

“Umumnya semua ingin hadhir tetapi berdepan banyak kekangan tugas dan jarak termasuk yang berada di luar negara. Ada yang pertama kali bertemu semula.

“Kesempatan untuk kembali bersama seramai ini dalam program selama dua hari ini mungkin tidak ada lagi bagi sebilangan daripada kita pada masa depan,” ujarnya mengenai program yang dimeriahkan dengan pengkisahan imbauan silam, makan malam dan sukaneka.

Sehubungan itu katanya, bertemakan Greater Agenda ini bagi memberi makna nilai persahabatan lebih besar dalam kehidupan – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN