Perinnbam Malaysia minta kerajaan pertimbang cadangan cuti dua hari sambutan Deepavali   - Utusan Malaysia

Perinnbam Malaysia minta kerajaan pertimbang cadangan cuti dua hari sambutan Deepavali  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam Malaysia) meminta kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan supaya mengisytiharkan cuti dua hari bagi perayaan Deepavali bermula tahun ini.

Cadangan itu dikemukakan Pengasas Perinnbam Malaysia, U. Thamotharan yang mana cuti peristiwa satu hari bagi sambutan perayaan itu sebelum ini adalah terlalu pendek selain menyukarkan masyarakat India untuk meraikannya dengan sanak-saudara yang tinggal dilokasi yang jauh.

“Pada masa sama, Malaysia dibentuk daripada perpaduan pelbagai kaum dan etnik manakala masyarakat Melayu, Cina serta India merupakan kaum utama di negara ini.

“Perpaduan yang kukuh ini jelas dilihat apabila sambutan Deepavali disambut sertai dirai oleh semua masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan pertemuan serta menyerahkan memorandum cadangan pengumuman cuti dua hari sambutan Deepavali untuk pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Balai Pengawal, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Memorandum tersebut diterima Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya,

Sementara itu, Abu Bakar ketika ditanya pemberita berhubung memorandum tersebut memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkannya untuk perhatian lanjut Perdana Menteri.

“Saya tidak boleh membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan ini, Terserah kepada Perdana Menteri serta kerajaan untuk menentukannya,” ujar beliau. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN