PERTEMUAN secara tertutup melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berakhir dengan nada positif. Kata Syed Saddiq, antara isi kandungan yang dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung di Putrajaya itu adalah cara untuk memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk soal gaji Teong Kim. “Saya telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Teong Kim yang memakan masa lebih satu…










