KUALA LUMPUR 25 Okt. – Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membandingkan jumlah eksport minyak sawit negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan selepas PRU14 disifatkan sebagai tidak matang.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, ini kerana pengukuran sedemikian adalah tidak tepat dan jumlah eksport meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor.
Ujarnya, Najib seharusnya membandingkan pencapaian eksport sawit secara tahun dengan tahun.
“Seperti mana telah saya nyatakan sebelum ini, statistik bagi tempoh Januari hingga September 2018 menunjukkan peningkatan dalam jumlah eksport minyak sawit sebanyak 3.6 peratus kepada 18.27 juta tan berbanding dengan 17.63 juta tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2017.
“Datuk Seri Najib sememangnya maklum mengenai faktor-faktor di atas dan harus menerima hakikat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










