BALI, indonesia – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghadiri semula Pemukiman Pemimpin ASEAN selepas 15 tahun berkata, Malaysia mengambil perhatian terhadap perubahan besar yang melibatkan perang dagang antara kuasa-kuasa besar utama. Beliau berkata, perang dagang itu tidak memberikan manfaat bukan sahaja kepada negara-negara yang terlibat, malah dunia keseluruhannya. “Sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia memerlukan kestabilan dalam pasaran dunia dan jika perkara itu dilemahkan, negara akan menerima kesannya. “Atas…










