Perak mahu balas pengorbanan penyokong - Utusan Malaysia

Perak mahu balas pengorbanan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Okt.- Kapten Perak, Shahrul Saad yang bersimpati dengan penyokong Bos Gaurus yang gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia bertekad untuk menghadiahkan trofi bagi membalas pengorbanan mereka.

Kata Shahrul, dia dan rakan-rakan sepasukan amat menghargai pengorbanan penyokong yang sanggup beratur panjang serta menghabiskan masa demi mendapatkan tiket final menentang Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Kami turut simpati dengan kesukaran penonton mendapatkan tiket dan kami juga dapat lihat situasi itu. Apa pun kepada penyokong yang tidak dapat tiket kami berharap mereka akan terus memberi sokongan kepada Perak.

“Mungkin kami tidak mampu untuk membantu tapi apa boleh dilakukan kami akan beri yang terbaik dalam final dan cuba memenangi Piala Malaysia.

“Dengan merangkul kejuaraan malam esok, saya harap ia mampu mengubati sedikit sebanyak kedukaan dan kekecewaan penyokong yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini di dalam stadium,” katanya dalam sidang menjelang final Piala Malaysia, di sini hari ini.

Perak yang kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada tahun 2000 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0, turun dengan misi menamatkan penantian 18 tahun.

Lebih menarik, pada tahun 2001 kedua-dua pasukan turut bertarung di pentas yang sama dengan menyaksikan Terengganu memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1, jadi ia juga ibarat pertarungan ‘balas dendam’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN