IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) secara rasminya melancarkan modul kefahaman poligami yang merangkumi slot seminar kekeluargaan, kursus pasca-kekeluargaan dan praperkahwinan yang pertama di negara ini.
Pengenalan modul itu bertujuan memberi kefahaman jelas mengenai poligami sekali gus dapat mengurangkan permasalahan kekeluargaan dalam institusi poligami.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, pengenalan modul itu bukan menggalakkan poligami namun, ia bertujuan untuk mengelak salah faham terhadap pengamalannya yang diharuskan oleh Islam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










