Peperiksaan Tahap 1 dimansuhkan bermula tahun depan – Maszlee - Utusan Malaysia

Peperiksaan Tahap 1 dimansuhkan bermula tahun depan – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan.

Jelas beliau, peperiksaan tersebut akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun hadapan.

“Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya dalam satu hantaran di akaun Twitternya di sini hari ini.

KENYATAAN Maszlee Malik
KENYATAAN Maszlee Malik di akaun Twitternya hari ini. –  UTUSAN ONLINE

Setakat pukul 12.30 tengah hari, hantaran kenyataan tersebut mendapat 1,300 perkongsian pengguna laman Twitter lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN