Penyu albino tarikan di Road to MAHA 2018 di Terengganu - Utusan Malaysia

Penyu albino tarikan di Road to MAHA 2018 di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – “Comelnya, putih selepuk (sangat putih)…manja pulok tu”. Itu antara reaksi spontan pengunjung yang melihat dua ekor  penyu albino yang dipamerkan sempena ‘Road To MAHA 2018’ di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Manir, di sini yang bermula pada Khamis lalu.

Penyu agar betina yang berusia 10 dan 12 tahun itu adalah antara tarikan pengunjung ke pameran itu yang bertujuan mempromosi Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di MAEPS Serdang dari 22 Nov hingga 22 Dis depan.

Seorang pengunjung, Hayati Rashid, 32, berkata beliau tidak pernah melihat penyu albino dari dekat sehingga ini dalam hidupnya dan menyifatkan penyu albino itu sebagai aset berharga Terengganu.

“Saya lihat ramai pengunjung yang teruja melihat penyu albino ini dan merakamkan swafoto sebagai kenangan….saya berharap penyu albino ini akan terus dibawa menjelajah ke lebih banyak pameran pada masa depan agar lebih ramai tahu dan menghargai kewujudannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Firdaus Ahmad, 28, berkata beliau teruja melihat penyu albino yang diberi nama ‘Putih’ itu kerana ia jinak dan kelihatan ‘mesra’ dengan orang ramai yang mendekatinya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN