KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pemilihan PKR Cabang Ampang kecoh selepas wujud pertikaian di antara penyokong calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan penyokong Rafizi Ramli. Kekecohan berlaku selepas penyokong Rafizi mendakwa mereka dihalang daripada mengedarkan risalah dan menggantung poster calon tersebut berhampiran khemah pendaftaran. Penyokong Rafizi mendakwa, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana mereka datang dari parti yang sama dan mengamalkan demokrasi. Suasana semakin tegang selepas wujud perang mulut di antara kedua-dua penyokong calon Timbalan Presiden PKR berkenaan. Namun begitu, tiada sebarang pergaduhan berlaku dan mujur penyokong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya