Penyokong Perak rebah diserang sawan selepas lima jam menunggu - Utusan Malaysia

Penyokong Perak rebah diserang sawan selepas lima jam menunggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang penyokong bola sepak Perak tidak sedarkan diri akibat diserang sawan selepas menunggu hampir lima jam untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak di sini sebentar tadi. 

Pemuda berusia lingkungan 20-an berkenaan sebelum itu duduk di kawasan panas ketika menunggu giliran untuk membeli tiket tersebut.

Dia secara tiba-tiba berdiri sebelum rebah dan seluruh badannya menggigil akibat diserang sawan.

Orang ramai yang berada berhampiran segera menghubungi pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN