KUALA LUMPUR 21 Okt. – Seorang penyokong dipercayai daripada kem calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ditahan polis kerana membuat kecoh di pusat pengundian Dewan Seri Siantan, Gombak dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berusia kira-kira 30 tahun yang mengikut salah seorang calon dikatakan berkeras untuk memasuki dewan utama pengundian sebelum dihalang oleh petugas.
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menetapkan hanya mereka yang mengundi atau calon sahaja yang dibenarkan memasuki dewan itu
Utusan Malaysia bagaimanapun masih berusaha untuk mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah (IPD) Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof. – UTUSAN ONLINE










