Penyokong kecewa tiket habis - Utusan Malaysia

Penyokong kecewa tiket habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Rata-rata penyokong bola sepak masih setia menunggu di pekarangan Kaunter C, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 walaupun jualan tiket dikatakan telah habis. 

Sehingga pukul 12.30 tengah hari, lebih 100 penyokong masih berbaris dalam keadaan cuaca panas terik kerana mahu menunggu pengumuman daripada wakil Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai sebarang keputusan. 

Walaupun telah disuraikan oleh anggota polis, para penyokong enggan berganjak kerana mereka sudah berbaris selama berjam-jam untuk mendapatkan tiket. 

Kaunter jualan mula dibuka tepat pukul 10.30 pagi tadi dan tiket perlawanan dikatakan habis terjual kira-kira sejam kemudian. 

Sehingga kini tiada wakil pengurusan di kaunter jualan tiket bagi memaklumkan sebarang perkembangan dan situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong sama ada mereka masih boleh mendapatkan tiket atau sebaliknya. 

Kosmo! Online difahamkan hanya 2,000 tiket final perlawanan Piala Malaysia 2018 antara Terengganu Football Club 1 dan Perak dijual di kaunter hari ini namun bilangan penyokong yang hadir melepasi angka jualan tiket tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN