Penyertaan wanita dalam TD lepasi sasaran - Utusan Malaysia

Penyertaan wanita dalam TD lepasi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Penyertaan wanita dala Tentera Darat (TD) kini telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu 10 peratus, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Beliau berkata, TD kini dianggotai 13 peratus perajurit wanita (pranita) dan perkara itu akan dikaji semula melibatkan peraturan-peraturan terkini.

“Kepimpinan sebelum ini telah menetapkan 10 peratus pranita dalam TD tetapi kini jumlahnya meningkat kira-kira 13 peratus.

“Sebarang penambahan perlu pertimbangan kerana keanggotaan pranita tidak di tempatkan di pasukan barisan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 186/18 dan Wanita Siri 44/18 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Hasagaya Abdullah.

Terdahulu, seramai 1,485 perajurit muda terdiri daripada 1,408 lelaki dan 77 wanita berjaya menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula sejak 8 April lalu.

Pada majlis itu, Dexter Libau Robert dinobatkan sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik; Mohd. Akmal Faqih Radzi (Akademik Terbaik); Nur Izzudin Abdul Rahim (Kecergasan Jasmani Terbaik); Muhammad Asyraf Roslan (Kawad Terbaik) dan Mohamad Zaihan Rosland (Penembak Terbaik). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN