Penyertaan Tok Pa kukuhkan Bersatu - Saddiq - Utusan Malaysia

Penyertaan Tok Pa kukuhkan Bersatu – Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Penyertaan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi nilai tambah serta memperkukuhkan parti tersebut.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, meskipun berbeza pendapat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mustapa merupakan seorang pemimpin teknokrat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik.

“Penyertaan beliau adalah lebih besar daripada hanya untuk menambah bilangan kerusi Bersatu.

“Apa yang lebih penting adalah supaya Bersatu dan Pakatan Harapan dapat merencanakan satu wadah yang lebih berkesan dalam memperjuangkan rakyat malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Forum Ekonomi Belia 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN