SUNGAI PETANI – Perbuatan jahat seorang lelaki kelainan upaya (OKU) menyamun pelanggan kedai dobi dan kedai runcit membawa padah apabila dia dijatuhi hukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh, Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd. Zahir, 21, yang mengaku salah terhadap tiga pertuduhan itu turut dijatuhi sembilan kali sebatan. Mohamad Zulfikar yang kudung kaki kanan mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Berdasarkan…










