Penutupan sementara laluan Plus Sungkai-Slim River (sec lead) - Utusan Malaysia

Penutupan sementara laluan Plus Sungkai-Slim River (sec lead)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Okt. – Sebahagian lorong antara laluan Sungkai ke Slim River di Le­buhraya Utara Selatan (Plus) ditutup sementara setiap Isnin bermula pukul 9 pagi sehingga Jumaat pukul 12 tengah hari.

Plus dalam satu kenya­taan memaklumkan, pe­nu­tupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pe­­nye­lenggaraan jalan yang berjadual, dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan itu akan dihentikan sementara pada 5 hingga 9 November ini bagi memastikan perjalanan trafik lancar sempena perayaan Deepavali.

“Penutupan di Kilometer 369.4 arah selatan bermula 29 Oktober (hari ini) sehingga 2 November ini.

“Penutupan jalan di lokasi sama akan diteruskan selepas itu dari 12 hingga 16 November ini,” kata kenya­taan tersebut.

Sehubungan itu, Plus menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut dapat me­rancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan oleh pihaknya.

“Plus mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN