Penutupan sementara Dataran Merdeka kepada orang awam - Utusan Malaysia

Penutupan sementara Dataran Merdeka kepada orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara padang Dataran Merdeka kepada orang awam dan sebarang kegiatan di atasnya bermula 24 Oktober ini sehingga 2 Ogos 2019. 

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek ‘River of Life’ Fasa 1. 

Sehubungan itu, orang awam yang melewati kawasan ini juga dinasihatkan agar berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja sedang dilaksanakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN