Penuntut UiTM sertai Serakal Berzanji - Utusan Malaysia

Penuntut UiTM sertai Serakal Berzanji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 22 Okt. – Seramai 38 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang menyertai program Serakal Berzanji di Masjid Jamek As Syakirin, Kampung Sungai Kuali, Serkat dekat sini baru-baru ini.

Pengarah program, Mahfuzah Mohammed Zabidi berkata, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan me­ngenai tradisi serakal berzanji dalam majlis menyambut bayi kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Menurutnya, Kampung Su­ngai Kuali merupakan kampung tradisional yang masih mengamalkan program berkenaan yang lebih dikenali sebagai maj­lis cukur jambul bayi.

“Sebelum acara potong jambul diadakan, majlis berzanji iaitu bacaan doa dan pujian serta menceritakan riwayat Nabi Muhammad SAW dilafazkan dalam suatu irama atau nada.

“Berzanji biasanya diadakan dalam majlis aqiqah, berkhatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya,” katanya.

Yang turut hadir Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari dan Pengerusi Masjid Jamek As Syakirin, Petah Taha.

Mahfuzah memberitahu, pa­da majlis tersebut, seramai 12 bayi berusia antara sebulan hingga setahun bersama-sama keluarga masing-masing mengambil bahagian dalam acara cukur jambul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN