KUALA LUMPUR 26 Okt. – Seorang penjual burger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sebilah parang di tempat awam, Sabtu lalu. Muhammad Shahfimi Salleh, 24, didakwa memiliki parang berhulu hitam berukuran 44 sentimeter dari hulu ke hujung mata di tempat awam yang merupakan senjata berbahaya dan gagal membuktikan maksud yang sah ke atas senjata tersebut. Dia yang masih bujang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di tepi jalan Jalan Kia Peng berhadapan Vipod Residences KLCC, di sini kira-kira pukul 9.30 malam, 20 Oktober lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya