Peningkatan taraf pendidikan mampu tingkat taraf kehidupan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Peningkatan taraf pendidikan mampu tingkat taraf kehidupan – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL, Turki, 5 0kt. – Meningkatkan tahap pendidikan adalah cara terbaik bagi mereka yang bercita-cita menikmati kehidupan yang lebih sempurna pada masa depan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan itu juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan lebih selain memiliki kemahiran tahap tinggi.

“Selaras dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui pendidikan, golongan pendidik juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya berupaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkualiti,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengunjungi Sekolah Tinggi Beyoglu Anadolu Imam Hatib di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Tuanku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disambut oleh Pengetua sekolah kluster berprestasi tinggi itu Mahmood Jilik.

Turut hadir mengiringi baginda ialah ahli-ahli majlis MAIPs iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail dan Dr Juanda Jaya.

Izmi yang bercakap kepada media kemudian berkata, maklumat atau ramuan kecemerlangan yang dikongsi oleh pengurusan sekolah tersebut akan diaplikasikan di Perlis.

“Amalan baik sistem persekolahan di sini akan disesuaikan dengan cara kita bagi meningkatkan minat pelajar,” tambahnya.

Tuanku Syed Faizuddin berada di Istanbul bagi merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2018’ (Swan 2018) yang dianjurkan melalui kerjasama International University for Renewal (IUR) Turki dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini