Peniaga rugi  RM15,000 ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Peniaga rugi  RM15,000 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Seorang peniaga rugi RM15,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa yang berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas tersedar dia ditipu sindiket itu.

Menurutnya, mangsa menerima panggilan kelmarin daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis memberitahunya terlibat dengan kes langgar lari di Johor minggu lalu.

“Suspek memberitahu mangsa ada menyewa kereta dan membawa dadah serta melanggar kanak-kanak berumur 15 tahun sehingga koma.

“Mangsa kemudiannya menafikan dakwaan itu namun suspek memberitahunya bahawa ada tiga saksi sudah ditangkap yang mendakwa ternampak mangsa terlibat kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, suspek kemudiannya memberitahu mangsa mempunyai akaun OCBC dengan simpanan sebanyak RM2.28 juta namun telah dibekukan kerana terlibat dengan penggubahan wang haram.

Katanya, mangsa juga dituduh terlibat dengan dadah dan perlu membayar ikat jamin sebanyak RM50,000.

“Mangsa yang takut bertindak membuat pemindahan wang sebanyak RM15,000 ke atas akaun suspek pukul 8.14 malam kelmarin,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa menyedari dia ditipu selepas bangun daripada tidur dan bercakap dengan isterinya berhubung kejadian itu pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN