Peniaga minyak wangi nyaris maut kereta terbakar - Utusan Malaysia

Peniaga minyak wangi nyaris maut kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seorang peniaga minyak wangi kenderaan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba terbakar di kilometer 276 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.09 pagi berhampiran Plaza Tol Nilai itu, peniaga tersebut, Ahmad Supian Abdul Jadit, 40, sempat menyelamatkan diri namun, kesemua 96 botol minyak wangi dibawanya serta kereta jenis Citroen Berlingo 2.0 musnah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, lelaki yang memandu kereta seorang diri dalam perjalanan dari Mambau dekat Seremban untuk menghantar bekalan minyak wangi itu di Bangi, Selangor.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki itu terhidu asap yang keluar melalui pendingin hawa dan disusuli percikan api di bahagian enjin.

“Situasi tersebut menyebabkan dia memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menyelamatkan diri dan sempat mengambil barangan peribadi,” katanya hari ini.

Mohd. Syazwan memaklumkan, seramai tujuh anggota bomba yang tiba di lokasi itu pada pukul 10.33 pagi mengambil masa 10 minit bagi memadam kebakaran.

Tambahnya, punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN