Peniaga maut dilanggar lori - Utusan Malaysia

Peniaga maut dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 26 Okt. – Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 8, Simpang Tiga Melaka-Muar dekat Umbai, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa, Muhammad Nizam Abu Bakar, 40, yang merupakan seorang peniaga dan berasal dari Johor maut dalam insiden tersebut akibat kecederaan di dada dan kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori jenis Hino yang dipandu dari arah Merlimau menghala ke Paya Dalam terlanggar mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dari arah bertentangan iaitu Telok Mas menuju ke Umbai.

“Berikutan kemalangan, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mangsa mengalami kecederaan teruk di dada dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Jasin.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang memasuki simpang tanpa memberi laluan kepada mangsa yang berada di laluan utama,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN