Pengusaha teksi, perkhidmatan e-hailing mampu bersaing - Utusan Malaysia

Pengusaha teksi, perkhidmatan e-hailing mampu bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pengusaha teksi dan syarikat perkhidmatan e-hailing dilihat mampu untuk bersaing bersama dalam industri pengangkutan awam selagi polisi yang ditetapkan kerajaan adil bagi kedua-dua belah pihak.

Pengarah PICKnGO, Valerie Chan berkata, kerajaan memerlukan pendekatan yang lebih proaktif dari segi penguatkuasaan dan peraturan selain membentuk polisi baharu bagi membantu pengusaha teksi bersaing dengan perkhidmatan e-hailing.

“Industri perusahaan teksi tidak boleh dibiarkan terkubur begitu sahaja. Sekurang-kurangnya 67,000 orang bergantung kepada teksi mereka untuk mendapatkan pendapatan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Membantu bukan bermaksud perlu memberi sesuatu kepada pemandu teksi. Bantuan boleh diterjemahkan dengan pembentukan polisi yang mampu menghapuskan kerenah birokrasi dan memudahkan mereka untuk meraih pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini