BALING 22 Okt. – Pengusaha laksa kebok, Kampung Seri Landak, Kupang di sini, Daud Ismail, 51, berharap Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan rasmi melalui dokumen bertulis selepas mendakwa laksanya dicemari bakteria salmonella enterica serovar weltevreden hingga meyebabkan dua kematian dan 80 lagi keracunan makanan. Kata Daud, sehingga kini dia belum menerima keputusan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang sebaliknya hanya dimaklumkan oleh pegawai kesihatan…










