KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyelaraskan aktiviti penguatkuasaan kapit tayar kenderaan dengan pengendali swasta yang dilantik bermula 1 November ini.
Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad berkata, ia bagi mengelak konflik antara penguat kuasa dengan warga kota yang beranggapan tindakan itu sebagai mengaut keuntungan.
“Penguatkuasaan kapit tayar kenderaan bukan aktiviti komersial tetapi untuk menjaga keselesaan warga kota.
“Ada entiti yang melihatnya sebagai aktiviti komersial, silap sikit ‘clamp’ untuk capai Indeks Prestasi Utama (KPI). Inilah yang menimbulkan konflik.
“Oleh itu, kita kena selaraskan dengan operator dari sudut prosedur operasi standard (SOP) agar penguatkuasaan dijalankan dengan bertanggungjawab dan telus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sejarah Kuala Lumpur : Kuala Lumpur Dari Persepktif Warisan, Sejarah dan Budaya di sini hari ini. – Bernama










